Pengikut

Saturday 18 February 2012

RUKUN ISLAM

Read more >>

Lagu Rukun Iman By Alie

Read more >>

Doa Rabithoh

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal pada Mu
Hidupkan dengan makrifat Mu
Matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah Pelindung dan Pembela
Read more >>

Thursday 22 December 2011

RUKUN ISLAM

Makna dan Hakikat Rukun Islam

Islam dibangun di atas lima dasar, yaitu rukun Islam. Ibarat sebuah rumah, rukun Islam merupakan tiang-tiang penyangga bangunan ke-Islaman seseorang. Tiang agama yang mesti dilakukan oleh setiap umat Islam . Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagaiRukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-



Mengucap dua kalimah syahadat
sesorang yang hendak menganut agama islam hendaklah mengucap dua kalimat syahadat. Dua Kalimah Syahadah adalah asas ajaran Islam. Syahadat Pertama menuntut kita agar mentauhidkan Allah (ikhlas). Syahadat Kedua pula menuntut kita agar mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w.



Mendirikan sembahyang lima waktu
Umat islam Diwajibkan mendirikan sembahyang lima waktu sehari iaitu zuhur , asar , maghrib , isya dan subuh .


Mengeluarkan zakat
Umat islam diwajibkan mengeluarkan zakat Jumlah harta tertentu yang yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim yang mencukupi syarat untuk dibahagikan kepada mereka yang berhak menerimanya.


Berpuasa di bulan ramadhan
Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari yang disertai niat dan syarat- syarat tertentu


Mengerjakan haji
Kewajipan mengerjakan haji bagi setiap umat islam yang cukup syarat satu kali seumur hidup



.:  SOALAN PENGUKUHAN PERMAHAMAN :.

1) Nyatakan  setiap rukun islam.

2) Huraikan hikmah adanya rukun islam dalam kehidupan harian kita

3) Berapakah jumlah rukun Islam?


A- 4 Perkara
B- 7 Perkara
C- 5 Perkara
D- 6 Perkara


4) Apakah rukun Islam yang kedua?


A- Mengucap dua kalimah syahadat
B- Menunaikan haji
C- Mengeluarkan zakat
Read more >>

Wednesday 21 December 2011

RUKUN IMAN TERAS AQIDAH ISLAM





Objektif Topik

1)


2)





Rukun iman dan maksudnya

Beriman kepada Allah Wajib mempercayai keesaan Allah yang memiliki sifat kesempurnaan berdasarkan dalil Naqli dan Aqli

Beriman  kepada Malaikat Wajib mempercayai Malaikat adalah makhluk Allah yg dijadikan daripada cahaya, tidak makan dan minum, tidak berjantina dan sentiasa mentaati perintah Allah

Beriman kpd Kitab Wajib mempercayai Allah telah menurunkan kitab kpd rasul-rasulnya yg mengandungi ajaran yang benar dan menjadi panduan hidup kepada umat manusia

Beriman  kepada Rasul Wajib mempercaya Allah telah mengutus rasul-rasulnya untuk membimbing umat manusia ke jalan yang benar

Beriman kepada Hari Kiamat Wajib mempercayai alam ini akan hancur binasa dan manusia akan dibangkitkan daripada kubur , dihimpun di Mahsyar, dihisab amalan dan dimasukkan ke Syurga atau Neraka

Beriman kepada  Qada' & Qadar Wajib mempercayai Allah SWT yang mengatur segala yang berlaku di alam ini dengan kebijaksanaan dan kehendakNya


Hikmah rukun iman


Kepada Diri
- Yakin kpd keesaan dan kekuasaan Allah SWT
- Mentaati segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya
- Mendorong utk melakukan kebaikan dan berfaedah kpd diri
- Berakhlak mulia

Kepada Keluarga
- Melahirkan keluarga harmoni, berkasih sayang & bekerjasama
- Keluarga mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah
- Amar makruf & nahi munkar dapat dilaksanakan dlm kuluarga

Kepada masyarakat & Negara
- Masyarakat dan negara sentiasa aman dan bersatu padu
- Gejala sosial dalam masyarakat dapat dibenteras
- Negara diberkati Allah



.:  SOALAN PENGUKUHAN PERMAHAMAN :.

1) Nyatakan  setiap rukun iman.

2) Huraikan hikmah adanya rukun iman dalam kehidupan harian kita


3) Berikan maksud rukun iman yang ke 6.


4) Apakah hukum beriman dengan rukun Islam dan rukun iman.


    A- Sunat
    B- Wajib
    C- Harus


5) Beriman kepasa qada' dan qadar termasuk dalam rukun iman yang ke berapa.


    A) Pertama
    B) Kedua
    C) Kelima
    D) Keenam
Read more >>