Pengikut

Tujuan




Salam sejahtera untuk semua pembaca.... pertamanya saya mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana atas izinnya dapat juga saya siapkan sebuah blog sebagai kesinambungan dakwah dan pengajaran buat tatapan saudara saudari seagama sebagai renungan dan amalan kita.

Tujuan terbinanya blog  " An-Nuur Hikmah Islamiah " adalah sebagai satu wadah atau medium untuk saya melaksanakan P&P dengan lebih baik kepada pelajar pelajar saya. Kerana bertepatan dengan Islam itu adalah untuk sepanjang zaman. Maka saya menggunakan pendekatan kaedah baru dengan teknologi ICT dalam menyampaikan ilmu islam.

Mengapa saya memilih blog sebagai medium pengajaran, dengan blog saya dapati ia mempunyai kekuatan dan kelebihan dalam menyampaikan ilmu. Penggunaan Blog dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan dan kemampuan pelajar.

Kebaikan dan kelebihan

- Proses pelajaran tidak terhad dengan masa dan lokasi (e-learning)
- Bahan pengajaran lebih mudah diubah dan dikemas kini.
- Bahan pengajaran lebih selamat dan tahan lama.
- Perkongsian ilmu dan pandangan lebih cepat dan berkesan.
- Skop sasaran bahan pengajaran lebih luas.

Lantaran dari itulah, maka terhasilnya blog " An-Nuur Hikmah Islamiah "  dengan harapan ilmu yang saya sampaikan dapat dibaca dan dimanfaatkan sepanjang zaman. Ia juga akan menjadi saham dan bekalan saya kelak.

Wallahu a'lam bishshawab, wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,