Pengikut

Thursday 22 December 2011

RUKUN ISLAM

Makna dan Hakikat Rukun Islam

Islam dibangun di atas lima dasar, yaitu rukun Islam. Ibarat sebuah rumah, rukun Islam merupakan tiang-tiang penyangga bangunan ke-Islaman seseorang. Tiang agama yang mesti dilakukan oleh setiap umat Islam . Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagaiRukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-



Mengucap dua kalimah syahadat
sesorang yang hendak menganut agama islam hendaklah mengucap dua kalimat syahadat. Dua Kalimah Syahadah adalah asas ajaran Islam. Syahadat Pertama menuntut kita agar mentauhidkan Allah (ikhlas). Syahadat Kedua pula menuntut kita agar mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w.



Mendirikan sembahyang lima waktu
Umat islam Diwajibkan mendirikan sembahyang lima waktu sehari iaitu zuhur , asar , maghrib , isya dan subuh .


Mengeluarkan zakat
Umat islam diwajibkan mengeluarkan zakat Jumlah harta tertentu yang yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim yang mencukupi syarat untuk dibahagikan kepada mereka yang berhak menerimanya.


Berpuasa di bulan ramadhan
Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari yang disertai niat dan syarat- syarat tertentu


Mengerjakan haji
Kewajipan mengerjakan haji bagi setiap umat islam yang cukup syarat satu kali seumur hidup



.:  SOALAN PENGUKUHAN PERMAHAMAN :.

1) Nyatakan  setiap rukun islam.

2) Huraikan hikmah adanya rukun islam dalam kehidupan harian kita

3) Berapakah jumlah rukun Islam?


A- 4 Perkara
B- 7 Perkara
C- 5 Perkara
D- 6 Perkara


4) Apakah rukun Islam yang kedua?


A- Mengucap dua kalimah syahadat
B- Menunaikan haji
C- Mengeluarkan zakat

5 comments:

ZUKHIRAH said...

jawapan saya:

1- mengucap dua kalimah syahadah
mendirikan solat
mengeluarkan zakat
berpuasa di bulan ramadhan
pergi haji

2-menjadikan umat islam lebih bertamadun

3- 5 perkara

4-jawapan yang ke empat taiada dalam senarai. rukun islam yg kedua ialah mendirikan solat.

~ sha farisha ~ said...

salam.. terima kasih atas perkongsian..

mimi said...

dengan adanya rukun islam ini hidup kita sebagai muslimin dan muslimat akan menjadi lebih berdisplin di atas landasan islam yang sebenar-benarnya..sepertimana di dalam negara kita juga mempunyai rukun negara yang mana dengan adanya rukun negara ini kita hidup dalam suasana harmoni.....

jawapan bagi soalan pemahaman 2

mimi said...

bernas dan tepat jawapan awak.terima kasih.

zaharah said...

salam ustazah....
setahu saya syahadat tu terbahagi kepada 2, kan? boleh ustazah terangkan

Post a Comment

PERBINCANGAN